Wanita Solehah Di Sisi Tuhan
Wanita Solehah Di Sisi Tuhan
Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya,
andaikata wanita itu memiliki dunia dan seluruhnya dan dia
membelanjakan semua hartanya untuk suaminya, kemudian dia
mengungkit-ungkit kembali kepada suaminya setelah beberapa waktu maka
Allah SWT akan meleburkan amalannya dan menghalaunya bersama-sama dengan
Qarun.”
Bersabda Rasulullah SAW, “ Tidak
dibenarkan wanita memberi sesuatu kecuali dengan izin daripada suaminya,
sekiranya dia memiliki sesuatu maka harus dia menjaganya.” ( Ahmad, Nasa’i, Ibnu Majah )
Dr Anwar Jundi mengatakan bahawa Islam membahagikan harta warisan
kepada wanita setengah daripada lelaki. Ini sesuai dengan kehormatannya
yakni ia tidak berkewajipan untuk mengeluarkan nafkah sekalipun untuk
dirinya sendiri atau pun untuk anak-anaknya melainkan hartanya itu
menjadi miliknya sendiri.
Dalam sebuah keluarga, penggunaan harta selayaknya dengan adanya
pengetahuan suami walaupun harta tersebut milik isteri. Sangatlah
terpuji sekiranya isteri mahu membantu suami dengan sebahagian dari
hartanya baik untuk modal usaha ataupun untuk tujuan dakwah dan ibadah.
Allah SWT berfirman, “ Dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.” ( At-Taubah )
Walau apa pun bantuan isteri kepada suami, janganlah pula seorang
isteri menganggap dirinya lebih mulia daripada suaminya. Apalagi andai
sanggup mengucapkan kata-kata yang merendahkan atau menyakitkan hati
suami atau mengungkit-ungkit segala pemberiannya.
Dalam riwayat lain menyebutkan, “ Sesungguhnya
jika seorang wanita itu memiliki harta kekayaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman Ibnu Dawud AS dan suaminya memakan harta tersebut lalu dia
berkata kepada suaminya, “ Mana hartaku!” Allah SWT pasti menghancurkan
amalan wanita itu selama 40 tahun. “

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE69eLyMCti5DGcZy4eaed-1MFM7mzDUa5znxNmlb8QxGNbdjGQtlkCZeGxZZ4b4e3N5vLzk2tkZT3lbRXvnuPJvAPMMWfWjos0Y_ghNe0HE6Vtw3Hpo_yQAGAo24Cs5jmZHI2Mo7-M017/s72-c/IMG00011-20120324-1325.jpg